fb fb fb fb fb

MCMC minta orang ramai henti tular video tiga beradik maut terkena renjatan elektrik

KUALA LUMPUR, 19 Disember - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai untuk henti menularkan video tiga beradik yang maut terkena renjatan elektrik di Tumpat, Kelantan.

Ini bagi menghormati mangsa dan privasi keluarga serta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

(Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia / FOTO HIASAN)

MCMC berkata, pihaknya juga telah mengambil langkah proaktif mengangkat perkara berkenaan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya oleh penyedia platform seperti Meta, Twitter dan TikTok dalam usaha mengekang penularan video berkaitan.

"Suruhanjaya turut menasihatkan pengguna media sosial untuk membuat laporan secara terus terhadap kandungan sensitif dan tidak sesuai untuk tatapan umum kepada penyedia platform," kata MCMC menerusi kenyataan.

Orang awam turut digalakkan untuk sentiasa mengawal selia kendiri dan peka tentang kandungan yang mereka terima atau di kongsi secara dalam talian.

Media Baharu