BUKIT MERTAJAM, 19 Jun- Kerugian sebanyak RM794,000 dialami seorang wanita berusia 47 akibat diperdaya dengan skim pelaburan dalam talian, dekat sini.
Wanita yang bekerja sebagai pereka dalaman itu dipercayai terjumpa satu iklan di laman Facebook yang menjanjikan keuntungan pulangan 100% dalam masa singkat.
Mangsa dijanjikan pulangan sebanyak RM2 juta, namun perlu membayar cukai sebanyak RM200,000 terlebih dahulu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata wanita itu hanya sedar tertipu setelah melakukan transaksi, tetapi tidak menerima sebarang pulangan.
"Mangsa tampil membuat laporan polis di IPD Seberang Perai Tengah.
"Orang ramai dinasihatkan menyemak sebarang pelaburan dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum mempercayai sebarang pelaburan mudah yang menjanjikan keuntungan luar biasa." katanya menerusi satu kenyataan.