fb fb fb fb fb

Wanita maut, suami dan anak sulung parah kenderaan dinaiki rempuh belakang treler

(FOTO BOMBA SELANGOR)

KUALA LUMPUR, 14 November- Seorang wanita maut manakala suami dan anak sulungnya parah akibat nahas jalan raya di Lebuhraya Plus berhampiran restoran jejantas Sungai Buloh pagi tadi.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar pukul 6.10 pagi.

Sebaik tiba mereka mendapati si ibu yang berada di tempat duduk penumpang bahagian hadapan tersepit.

Pihak ambulans yang tiba tidak beberapa lama kemudian mengesahkan wanita berusia 38 tahun itu meninggal dunia.

Empat lagi anak pasangan tersebut berusia lapan tahun hingga lapan bulan mengalami cedera ringan.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.


(FOTO BOMBA SELANGOR)


(FOTO BOMBA SELANGOR)

Media Baharu