fb fb fb fb fb

300 pokok ru di Pantai Puteri ditebang elak kejadian dihempap pokok berulang

(Pokok ru di sekitar kawasan Pantai Puteri yang berusia lebih 20 tahun ditebang)

PANTAI KUNDOR, 14 November- Hampir 300 pokok ru ditebang di sekitar kawasan Pantai Puteri terutama pokok yang sudah berusia lebih 20 tahun.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tumina Kadi, ia adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak kejadian seperti pokok tumbang sehingga menghempap pengunjung berulang.

Katanya, walaupun tindakan lanjut telah diambil, orang ramai diminta agar berhati-hati ketika berkelah atau beriadah di Pantai Puteri dan sentiasa mengawasi anak-anak mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

"Bagi kita di Pantai Puteri, keselamatan adalah keutamaan keselamatan pengunjung dan pemantauan telah dilaksanakan.

"Untuk makluman semua sebenarnya cantasan itu kita dah laksanakan secara berkala dan kejadian yang berlaku adalah pertama kali, tetapi dalam waktu sama juga memandangkan sekarang adalah musim tengkujuh hujan dan kita faham di sekitar Pantai Puteri ni adalah satu tempat yang redup pengunjung memang suka di situ kerana suasana pantai yang selesa,"katanya.

Beliau berkata demikian di Pantai Kundor, Tangga Batu.

Bagaimanapun katanya, kawasan Pantai Puteri masih selamat dan orang ramai dialu–alukan untuk melakukan aktiviti namun perlu lebih berhati-hati.

Sabtu lalu, seorang bayi, Muhammad Zafran Ilman Mohd Syazwan, 1 tahun 3 bulan, maut selepas dihempap sebatang pokok ru ketika sedang berkelah bersama keluarga di pantai berkenaan.

Dalam kejadian itu, ibunya berusia 30-an turut cedera dihempap pokok sama.


(Para petugas membersihkan pokok-pokok yang telah ditebang)


(ADUN Pantai Kundor, Tumina Kadi)

Media Baharu