fb fb fb fb fb

Skuad PMINT prihatin ditubuh bantu penduduk terjejas banjir Terengganu

KUALA TERENGGANU, 14 November- Skuad PMINT prihatin ditubuh bagi membantu penduduk terjejas banjir di Terengganu.

Inisiatif itu diambil sebagai persediaan menghadapi banjir yang kini sudah memasuki musim tengkujuh di negeri tersebut.

Ketua Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) Wan Adnan Wan Derahman berkata bagi tujuan itu, 120 sukarelawan kini dalam keadaan bersiap siaga.

Turut diwujudkan Tabung PMINT Prihatin dengan dana awal RM20,000 sekiranya berlaku bencana dalam masa terdekat.


(Ketua Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)
Wan Adnan Wan Derahman)

"Peringkat awal ini RM20,000 dulu tapi dalam masa dua tiga bulan ini, insya-Allah boleh pergi sampai RM50,000 tapi pengagihan itu seperti saya maklum kena betul-betul ada kaedahnya.

"Kita akan ada satu garis panduan sebab mudah sangat tabung ini, kalau silap urus sekejap sahaja lepas habis. Jadi kita ada kaedah.

"Ia melibatkan agensi lain, NGO lain juga banyak membantu jadi kami turut membantu sahaja," Terdahulu Wan Adnan melancarkan Skuad PMINT Prihatin di sini.

Selain banjir, skuad sukarelawan tersebut juga bersedia membantu mangsa kebakaran dan kemalangan.

Media Baharu