fb fb fb fb fb

Wanita maut, jatuh kondominium di ibu negara

Foto bomba

KUALA LUMPUR, 11 November- Seorang wanita ditemukan maut selepas terjatuh dari sebuah kondominium di ibu negara.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Md Fuad Selamat dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa terjatuh di atas bumbung ruang legar bangunan tersebut dan disahkan meninggal di lokasi kejadian.

"Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pukul 3.57 pagi dan segera menghantar pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan bantuan BBP Jalan Hang Tuah dengan jumlah kekuatan seramai 16 orang anggota lain-lain pangkat.

"Anggota bomba berjaya membawa mangsa keluar pada pukul 7.48 pagi dengan bantuan skylift pihak bangunan," menurut kenyataan itu.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI