fb fb fb fb fb

30 notis kompaun, 45 saman dikeluarkan dalam Ops Kesan Pekerja Asing

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, Azirruan Arifin

KUALA LUMPUR, 11 November- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengeluarkan 30 notis kompaun bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 (Akta 4) bernilai RM28,000 serta 45 saman jabatan telah dikeluarkan dalam Ops Kesan Pekerja Asing yang julung kali diadakan.

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, Azirruan Arifin berkata, operasi berkenaan bagi memastikan tiada pekerja asing yang dipinggir dari segi kebajikan dan hak sosial termasuk ekspatriat dan pekerja domestik.

"Bagi majikan-majikan yang gagal perlu saya tegaskan atau lewat mendaftar perusahaan atau pekerja mereka, boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda sehingga RM10,000 ataupun kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

"Jadi saya ingin menggesa kepada seluruh majikan-majikan di luar sana, kalau belum lagi mendaftar sila mendaftar dan selepas mendaftar boleh lakukan pencaruman," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, mana-mana majikan yang didapati melanggar undang-undang akan diberi amaran dan teguran, selain dikenakan kompaun.

Operasi berkenaan turut melibatkan 54 pejabat PERKESO dengan lebih 300 anggota penguatkuasaan bertugas.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI