fb fb fb fb fb

Wanita lemas dihanyutkan air di Rompin

ROMPIN, 3 Mac- Seorang wanita dipercayai lemas selepas dihanyutkan air ketika menyeberangi jambatan gantung Kampung Aur, Bukit Ibam, Rompin, pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Nur Hafizah Zailan yang berusia 23 Tahun.

Menurut beliau, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian daripada Balai Polis Bukit Ibam, pada pukul 10.38 pagi tadi.

Susulan itu, lapan anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah, bergegas ke lokasi kejadian bersama empat buah jentera penyelamat.

Jelas beliau, pihaknya menggunakan laluan darat dan air susulan kejadian banjir yang melanda kawasan itu.

Turut terlibat dalam operasi itu adalah pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Sehingga kini, operasi pencarian masih dijalankan.

(Lapan anggota dan pegawai BBP Muadzam Shah di lokasi kejadian)

Media Baharu