(Foto Royal Johor)
JOHOR BAHRU, 3 Mac- Hujan lebat sejak pagi tadi tidak menghalang Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah melawat penduduk-penduduk terjejas banjir
di daerah Johor Bahru.
Baginda berkenan mengadakan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang yang menempatkan 147 penduduk terjejas dan Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, 557 penduduk.
Keberangkatan tiba baginda diiringi isteri Tunku Mahkota Johor, Che Puan Besar Khaleeda.
Dalam lawatan itu, Raja Zarith Sofiah meluangkan masa beramah mesra dan memberikan kata-kata semangat kepada penduduk terjejas.
Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor menyampaikan sumbangan wang tunai dan kit kebersihan diri kepada setiap keluarga.
Yayasan itu turut menyumbangkan 5,000 unit khemah kepada semua PPS yang beroperasi di 10 daerah. (Raja Zarith Sofiah lawat penduduk terjejas banjir di daerah Johor Bahru/Foto Royal Johor)