fb fb fb fb fb

Operasi talian kecemasan 997 NSRC dicadang dilanjutkan 24 jam - Acryl

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Tempoh masa pengoperasian talian kecemasan 997 Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) berkemungkinan akan dilanjutkan sehingga 24 jam bagi membolehkan orang ramai membuat aduan berkaitan penipuan siber.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata perkara itu akan dimajukan kepada pusat tersebut bagi tindakan lanjut.

(Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani)

"Setakat ini pusat panggilan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam, InsyaAllah kita mungkin akan cuba usahakan untuk meminta kepada NSCR bagi membolehkan respon atau panggilan boleh dibuat 24 jam.

"Terdapat beberapa pemintaan dari orang ramai. Ada yang talifon 10 malam pusat respon tersebut tidak ada maklum balas. Kita akan majukan kepada NSCR untuk melihat kemungkinan ia dioperasikan 24 jam," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022, di sini.

Mengenai penggunaan kamera badan untuk anggota PDRM, Acryl Sani berkata pihaknya berharap perkara itu dapat direalisasikan pada tahun ini.

Katanya, cadangan penggunaan kamera badan itu sudah diutarakan beliau sejak memegang jawatan Pengarah Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman sebelum ini.

"Saya menggalakkan penggunaan kamera badan untuk kebaikan orang awam dan pegawai bertugas sejak memegang Pengarah StaRT.

"Kamera badan berfungsi seperti kamera papan pemuka bagi merekodkan kejadian sekiranya berlaku perkara di luar kawalan. Saya harap dapat dilaksanakan pada tahun ini selepas ia tertangguh," katanya.

Media Baharu