JOHOR, 3 Mac- Bilangan penduduk terjejas banjir di Johor turun kepada 32,719 orang berbanding 33,149 orang setakat 12.00 tengah hari tadi.
Jumlah itu melibatkan 9,253 keluarga yang masih berlindung di 218 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataannya berkata Segamat merekodkan daerah paling teruk terjejas dengan 12,221 daripada 3,518 keluarga berada di 79 PPS.
Diikuti Kluang, 5,178 penduduk di 38 PPS; Batu Pahat, 4,340 di 24 PPS ; Kota Tinggi, 3,689 di 19 PPS.
Daerah-daerah lain terjejas Mersing, Tangkak, Muar, Kulai, Pontian dan Johor Bahru.
Tiga sungai di Segamat merekodkan bacaan pada bahaya iaitu Sungai Gemas, Sungai Muar di Kampung Awat dan Buloh Kasap.
(Banjir di Johor)