(FOTO HIASAN)
SEGAMAT, 3 Mac- Bekalan air di kawasan Chaah, Johor yang terputus sejak semalam dijangka pulih selewat-lewatnya malam ini.
Pegawai Daerah Segamat, Mohd Masni Wakiman berkata, kerja-kerja pembaikan paip yang pecah susulan banjir di kawasan itu sedang dilaksana pihak berkaitan.
Untuk sementara bantuan tangki air statik dan lori tangki air dihantar ke kawasan yang terjejas.
"Bekalan air terputus ini disebabkan oleh paip yg patah akibat banjir, bagaimanapun pihak SAJ telah melaksanakan kerja-kerja untuk penggantian paip sementara, jadi dalam tempoh 24 jam saya yakin esok pagi ramai mangsa banjir di PPS di kawasan Chaah dan Labis akan pulang,"katanya.
Sebanyak 3,000 akaun pengguna di Chaah termasuk di PPS terjejas apabila paip sepanjang 70 meter dilaporkan pecah.
Susulan itu, penduduk di saran untuk kekal berapa di PPS sementara menunggu bekalan air pulih bagi membersihkan kediaman mereka.
Beberapa kawasan banjir di Chaah dan Labis dilaporkan sudah kembali pulih sejak semalam.
Beliau ditemui pemberita selepas meninjau PPS SK Temengong Abdul Rahman, Segamat.
(Pegawai Daerah Segamat, Mohd Masni Wakima)