fb fb fb fb fb

Mesyuarat SPP tentukan calon Timbalan Ketua Polis Negara - Acryl

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) akan menentukan calon yang bakal menggantikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain yang akan bersara wajib pada 15 Mac ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata SPP akan mengadakan satu mesyuarat khas dalam masa terdekat bagi menentukan calon-calon berpotensi untuk mengisi jawatan kedua kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

(Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani)

"Satu mesyuarat khas akan diadakan oleh SPP tidak lama lagi bagi menentukan kekosongan beberapa perjawatan tertinggi susulan persaraan wajib umur 60 tahun.

"Justeru, pemilihan dan penentuan akan dilakukan melalui mesyuarat SPP yang akan diadakan tidak lama lagi dan kita ita tunggu apa yang akan diumumkan SPP selepas mesyuarat nanti," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022, di sini.

Pengarah Jabatan Pengurusan, Datuk Seri Zaini Jass akan bersara wajib pada 9 Mac ini diikuti Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain pada 14 Mac depan.

Selain itu, persaraan itu diikuti oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd Jalil Hassan pada 16 April dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah.

Media Baharu