fb fb fb fb fb

Wanita ditemui lemas di Air Terjun Gunung Ledang

TANGKAK, 24 Mac- Seorang wanita ditemui lemas ketika beriadah di Air Terjun Gunung Ledang, pagi tadi.

Mangsa, Nurul Syafiqah Mokhtar, 21 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan kesihatan yang ditugaskan ke kawasan tersebut.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan ll, Hairulnizam Ridhuan dalam kenyataan memberitahu, mangsa dilaporkan lemas pada pukul 10.35 pagi.

(Bomba mengangkat mangsa ke kaki gunung selepas ditemui lemas)

"Mayat mangsa ditemui satu jam kemudian, selepas operasi mencari digerakkan.

Seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan, dan operasi melibatkan kaedah pencarian di permukaan," katanya.

Mayat mangsa dibawa turun ke kaki gunung sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Media Baharu