fb fb fb fb fb

TKPM antara usaha selesai isu bekalan ayam, telur di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 24 Mac- Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) sedang dibangunkan di Setiu dan Kuala Nerus bagi menyelesaikan isu bekalan ayam dan telur di Terengganu.

Meski 128 ladang ayam diseluruh negeri itu menghasilkan sehingga 17 juta ekor ayam setahun, namun bekalan masih belum mencukupi untuk menampung lebih 36 peratus keperluan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, jumlah itu merangkumi 30,722 tan metrik ayam berbanding keperluan negeri iaitu hampir 43,000 tan metrik ayam.

"TKPM dibangunkan di Kampung Telaga Papan, Setiu dan Kampung Mengadang Baling, Kuala Nerus sebagai zon penternakan unggas lengkap dengan pelbagai kemudahan infrastruktur asas.

Zon penternakan unggas itu boleh mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan ayam luar yang sebelum ini diambil dari negeri utara," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini.

(Foto fail)

Jelas beliau, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri akan melaksanakan Enakmen Perladangan Unggas bagi pembangunan ladang secara bersistematik bagi meningkatkan pengeluaran ayam

Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Jabi berkata, pada masa sama langkah berkenaan dilakukan kerajaan untuk mengurangkan kenaikan harga ayam.

Sehubungan itu, pemaju berminat disaran memanfaatkan industri ternakan unggas dengan menyewa ruang lot disediakan sekaligus meningkatkan pengeluaran bekalan.

Media Baharu