fb fb fb fb fb

Terengganu benarkan aktiviti berbuka puasa di kawasan lapang

KUALA TERENGGANU, 24 Mac- Aktiviti berbuka puasa di kawasan lapang dibenarkan di Terengganu tahun ini.

Ini termasuk di kawasan tumpuan iaitu sekitar jambatan angkat, taman awam dan tepi pantai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata bagaimanapun mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Dalam masa sama mereka diingatkan supaya tidak mencemarkan keindahan kawasan itu dengan longgokan sampah.

"Pemantauan akan sentiasa dibuat di bazar ramadan dan tempat berbuka puasa bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP. Orang ramai diminta melakukan penjarakan fizikal untuk mengelakkan berlakunya penyebaran virus COVID-19, itu antara berita baik untuk rakyat Terengganu," kata Dr Alias kepada pemberita RTM selepas persidangan DUN Terengganu, di sini.


(Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr. Alias Razak)

Mengulas lanjut, kanak-kanak berusia bawah 12 tahun ke bawah tidak digalakkan ke bazar Ramadan dan Aidilfitri susulan peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan mereka.

Media Baharu