fb fb fb fb fb

MBMB susun pelbagai program dan aktiviti sempena sambutan ulangtahun ke-19 Bandaraya Melaka Bersejarah

AYER KEROH, 24 Mac- Sempena sambutan ulangtahun ke-19 Bandaraya Melaka Bersejarah pelbagai program dan aktiviti disusun Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bagi memeriahkannya.

Ia meliputi sebanyak 21 program yang dilaksana bermula 15 Mac lalu dan akan berakhir pada 31 Mei depan.

Menurut Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu antara program yang dilaksana ialah program Bandaraya Berselawat, Program Bandaraya Penyayang, Konsert Nur Najah MBMB dan MBMB e-sport Battle Championship 2022.

Kesemua program dilaksana mengikut pematuhan SOP ditetapkan sepanjang tempoh endemik COVID-19.

"Program ini sebenarnya adalah kebanyakan program program yang biasa kita buat setiap tahun cuma nanti kita akan ubah suai mengikut kesesuaian pada tarikh yang kita buat, yang dimana ada hari dimana kita telah memasuki dalam fasa peralihan ke endemik," kata beliau selepas Majlis Apresiasi MBMB 2022 di Dewan Taming Sari MBMB, di sini.

Sementara itu, pada majlis berkenaan juga Jabatan Penyiaran Melaka antara media yang menerima penghargaan melalui Anugerah Media Paling Proaktif.


(Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu menyampaikan trofi dan sijil penghargaan kepada Pengarah Jabatan Penyiaran
Melaka, Mohd Yusni Mohamed Ali)

Anugerah disampaikan Datuk Zainal kepada Pengarah Jabatan Penyiaran Melaka, Mohd Yusni Mohamed Ali.

"Semoga dengan penganugerahan ini memberi lagi semangat untuk proaktif lagi mencari bahan berita yang menarik untuk disiarkan dan dimaklumkan kepada masyarakat," kata Mohd Yusni ketika ditemu bual wartawan RTM.

Media Baharu