fb fb fb fb fb

Wanita cedera, tong gas memasak meletup

(Keadaan struktur rumah yang mengalami kerosakan)

TASEK GELUGOR, 13 Disember- Seorang wanita cedera selepas tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di rumahnya di Taman Desa Permai, Tasek Gelugor.

Kejadian itu menyebabkan hampir keseluruhan struktur rumah dua tingkat itu mengalami kerosakan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Kanan II, Mohd Hazam Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan 8.13 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.


(Keadaan struktur rumah yang mengalami kerosakan)

Media Baharu