fb fb fb fb fb

Wanita cedera ketika mendaki Gunung Jasar diselamatkan

CAMERON HIGLANDS, 22 Januari- Seorang pendaki wanita yang mengalami kecederaan ketika menyertai aktiviti Jungle Trail 10, di Gunung Jasar di sini petang semalam berjaya diselamatkan.

Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, pendaki wanita berkenaan mengalami kecederaan kaki ketika mendaki gunung berkenaan bersama empat rakannya.

"Balai Bomba Cameron Highlands telah menerima maklumat pada pukul 4.40 petang mengenai seorang pendaki yang cedera di kaki dan meminta bantuan kecemasan untuk dibawa turun.

Seramai tujuh orang anggota bomba dengan sebuah jentera yang diketuai oleh Pegawai Operasi, Sharil Safri bergegas ke lokasi dan berjaya membawa turun wanita tersebut dengan menggendong mangsa, manakala empat rakannya iaitu tiga orang lagi wanita dan seorang lelaki tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya.

(Anggota bomba menggendong seorang wanita yang cedera menuruni Gunung Jasar
di sini dalam operasi menyelamatkan mangsa)

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tanah Rata untuk rawatan selanjutnya.

Media Baharu