fb fb fb fb fb

Wanita Bangkit: Suri rumah jana pendapatan dari rumah

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri)

KUALA LUMPUR, 16 Mei- Golongan suri rumah tidak ketinggalan untuk diberi peluang menjana pendapatan dari rumah.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, kementeriannya sedia membantu golongan ini yang memiliki bakat-bakat tertentu seterusnya membuka peluang sehingga bergelar usahawan.

"Selepas COVID-19 kita bantu mereka kita bagi RM500 seorang. Mereka hanya berada di rumah dan mereka mempunyai bakat-bakat hendak menjualkan produk macam sebelum Hari Raya mereka nak menjual kuih sekarang ini.

"Sebelum pesta Gawai sebelum Tadau Kaamatan kita hendak pergi ke tempat-tempat yang berkaitan untuk membantu mereka. Mereka membuatnya di rumah dan mereka boleh juga menjaga anak," kata Nancy selepas menyampaikan anugerah kepada 11 usahawan kraftangan wanita di majlis Anugerah The Artisans Haven anjuran Persatuan Pembangunan Artisan di ibu negara.

Bakat-bakat tersebut dikesan melalui program Wanita Bangkit yang turut memberi sumbangan dari segi peralatan mengikut bidang perniagaan yang diceburi.



(Datuk Seri Nancy ditemuiĀ selepasĀ  di majlis Anugerah The Artisans Haven)

Media Baharu