fb fb fb fb fb

Foodpanda tawar Menu RAHMAH

KUALA LUMPUR, 16 Mei- Pelanggan kini boleh menikmati Menu RAHMAH melalui perkhidmatan syarikat penghantar makanan Foodpanda.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, ia merupakan inisiatif syarikat tersebut dalam menyokong usaha kerajaan meringankan beban ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

"Usaha yang sangat besar maknanya kepada rakyat. Di samping dapat mengekalkan Menu RAHMAH pada RM5 ke bawah dapat pula dihantar makanan itu ke destinasi yang ditentukan.. dan sudah pasti Foodpanda juga ada rakan-rakan strategik yang membantu dan menjayakan Menu RAHMAH," kata Salahuddin selepas merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Payung RAHMAH bersama Foodpanda Malaysia di ibu negara.

Pelanggan di seluruh negara boleh memesan set hidangan makan tengah hari atau makan malam Menu RAHMAH daripada aplikasi dan laman sesawang Foodpanda.

Tambah beliau pelanggan juga boleh menikmati Pakej RAHMAH bernilai RM50 dan RM30 dalam bentuk barangan runcit asas yang diperlukan melalui Pandamart.

(Datuk Seri Salahuddin berkata pelanggan kini boleh menikmati Menu RAHMAH melalui
perkhidmatan syarikat penghantar makanan Foodpanda)

Media Baharu