fb fb fb fb fb

Remaja dihanyutkan arus deras ditemukan lemas

BENTONG, 17 Mei- Mayat seorang remaja berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas ditemukan di sekitar kawasan sama pada kedalaman lapan kaki pada pukul 9.30 malam tadi. 

Mangsa sebelum ini dipercayai dibawa arus semasa mandi di sungai di Kampung Orang Asli Gabong, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.10 petang dan bergegas ke lokasi.

Mangsa, Muhammad Syafiq Akmal Zaidi yang beralamat di Felda Lakum, Lanchang Temerloh difahamkan ke sungai itu bersama tiga rakannya.

(Foto fail)

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 10 anggota termasuk lapan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong.

Media Baharu