fb fb fb fb fb

Wan Junaidi fokus penggubalan Kod Etika Ahli Parlimen

(Foto Jabatan Penerangan Malaysia)

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Penggubalan Kod Etika Ahli Parlimen antara fokus Yang di-Pertua Dewan Negara baharu, Tan Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut Wan Junaidi, ia penting bagi memastikan visi Parlimen sebagai institusi legislatif negara tidak tersasar.

"Pada saya tugas ahli Parlimen bukan sesuatu yang mudah. Mereka menggubal undang-undang meluluskan bajet, mempertahankan kerajaan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat. Parlimen perlu diberi tumpuan sebagai satu wawasan kerajaan sejak daripada dahulu lagi dan dilaksana dengan harapan kita boleh melaksanakan sebagai legasi Parlimen rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di sini.

Selain itu, penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen, pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) turut menjadi tumpuan ke arah reformasi Parlimen.

Beliau berkata demikian dalam ucap tama sejurus dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara di sini pagi tadi.


(Foto Jabatan Penerangan Malaysia)

Media Baharu