fb fb fb fb fb

KPM proaktif usaha tangani sekolah daif di seluruh negara

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Sebanyak RM1 bilion telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) melibatkan 147 projek baik pulih bangunan sekolah daif terutama di Sarawak.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa proaktif dan memberi keutamaan dalam usaha menangani sekolah daif di seluruh negara termasuk di Sarawak.

Sehingga April tahun lalu, sebanyak 351 buah sekolah telah dikenal pasti mempunyai bangunan daif di negeri tersebut.

Manakala daripada jumlah tersebut, 33 buah sekolah telah diluluskan projek naik taraf dan pembinaan bangunan gantian dalam RMK12 Rolling Plan 1 tahun 2021 hingga Rolling Plan 3 tahun 2023.


(Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying)

"Berhubung permohonan projek menaik taraf atau pembinaan gantian bangunan daif yang belum mendapat kelulusan, KPM akan mengemukakan permohonan secara berfasa kepada pihak agensi pusat untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

"Walau bagaimanapun kelulusan dan pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan", katanya semasa sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen.

Tambahnya, sebanyak 381 projek pembangunan semula sekolah daif di Sarawak telah diluluskan.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 223 projek telah siap dari tahun 2016 sehingga sekarang.

Media Baharu