(Foto Hiasan)
MUAR, 19 Jun- Seorang warga emas maut selepas dipercayai dipukul anaknya sendiri dalam kejadian amuk malam tadi.
Insiden berlaku di kediaman keluarga tersebut di Taman Temiang di sini pada pukul 8.20 malam.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mangsa, 73 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta leher akibat dipukul menggunakan senjata tajam.
"Suspek mengamuk dan memukul mangsa hingga mati selepas tidak berpuas hati kerana ditegur membuat bising.
"Suspek berumur 47 tahun itu ditahan dan semakan mendapati suspek mempunyai rekod psikiatrik lampau.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan.
(Foto Suspek berumur 47 tahun itu ditahan dan semakan mendapati suspek
mempunyai rekod psikiatrik lampau)