fb fb fb fb fb

Projek LTU 5B, 5A dibuka 25 Jun

KOTA BHARU, 19 Jun- Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) bagi pakej 5B dan sebahagian pakej 5A, akan dibuka pada 25 Jun ini.
 
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata projek berkenaan berjaya disiapkan lebih awal berbanding tarikh asal iaitu Disember depan.
 
Kerja-kerja tersebut dipercepat bagi membolehkan laluan itu digunakan kira-kira 500,000 kenderaan menjelang sambutan Aidiladha.

"Sebelum ini kita hanya keluar di Bilut, kali ini kita boleh keluar di Raub, sekurang-kurangnya dapat menjimatkan masa, kilometer dan minyak kereta.

"Dan jalan ini lebar, dua hala, kalau ikut jalan lama satu hala sahaja, jadi itu faktor yang boleh membantu penduduk Kelantan dan Pahang," katanya.

(Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-44 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kelantan, di sini pada Ahad.
 
Hadir sama, Pengerusi PKMM Kelantan, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz.
 
Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata pihaknya akan mengusulkan cadangan PKMM supaya mengehadkan pengeluaran lesen kontraktor baharu kepada Kementerian Kewangan.
 
Cadangan itu dikemukakan berikutan berlaku lambakan kontraktor G1 hingga G7 di negara ini, berbanding tawaran kerja yang agak terhad.
 
Ketika ini dianggarkan terdapat lebih 160,000 kontraktor kelas G1 hingga G7.

Media Baharu