fb fb fb fb fb

SPRM bebas pengaruh politik

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Sebarang siasatan dan dakwaan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu ketirisan dan rasuah tidak dipengaruhi mana-mana kuasa politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap tindakan dibuat berdasarkan laporan dan fakta.

Ia sejajar dengan peranan SPRM yang melaksanakan tugas berlandaskan prinsip keadilan dan undang-undang.

"Orang anggap tuduhan siasatan bermotif politik, harus melihat fakta bukan berdasarkan sentimen politik hingga mengelirukan rakyat.

"Kalau nyata dari segi kes berprofil tinggi dan ada alasan kukuh, itu tugas SPRM dan Pejabat Peguam Negara, jadi masyarakat kena beri sokongan padu untuk bersihkan negara daripada penyakit rasuah," katanya.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Perdana Menteri berkata demikian dalam sesi pertanyaan lisan, Persidangan Dewan Negara.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Kesavadas A. Achyuthan Nair berhubung isu siasatan rasuah melibatkan bekas-bekas Perdana Menteri.

Media Baharu