fb fb fb fb fb

Kempen AADK 'Pencegahan Bermula Dari Rumah' berkesan

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Sebanyak 396 kes penyalahgunaan dadah dicatatkan berlaku dalam kalangan remaja tahun ini berbanding 1,671 kes pada tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian pencegahan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Mahadzir Elias berkata, statistik itu membuktikan strategi dan pencegahan awal amat penting dalam membanteras penyalahgunaan dadah bagi golongan tersebut

Beliau berkata tahun ini AADK menfokuskan kepada strategi mendekati ibu bapa dan keluarga sebagai agen menyebarluas kempen 'Pencegahan Bermula Dari Rumah'.


(Ketua Penolong Pengarah, Bahagian pencegahan AADK Mahadzir Elias)

"Dunia sekarang banyak pempengaruh. Jadi kalau ibu bapa itu jadi pempengaruh kepada anak-anak, mereka akan selamat, disamping hendak mewujudkan keharmonian dalam keluarga, komunikasi yang baik dalam keluarga, pengisian masa yang penuh antara anak dengan ibu bapa.

AADK juga hendak menyasarkan, membangunkan kemahiran ibu bapa itu sendiri dalam mengurus serta mengendalikan tingkah laku dan emosi anak-anak", katanya dalam Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

AADK juga bertindak melatih golongan belia agar menyertai Skuad Anti Dadah sekali gus menjadi agen menyampaikan maklumat berkesan dalam kalangan rakan sebaya.

Media Baharu