fb fb fb fb fb

Wan Azizah bertemu isteri PM Laos, naik cruise sekitar tasik Putrajaya

Vandara Siphandone dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 25 Mei- Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima kunjungan mesra daripada isteri Perdana Menteri Laos, Vandara Siphandone, sempena lawatan rasmi pasangan pemimpin itu ke Malaysia.

Pertemuan santai kedua-dua tokoh wanita itu berlangsung dalam suasana mesra dan penuh keakraban di Tasik Putrajaya.

Kedua-dua mereka turut menaiki sebuah cruise khas yang mengelilingi tasik yang terkenal dengan keindahan landskap sekali gus mempamerkan keindahan serta kemajuan infrastruktur Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara.

Sepanjang pelayaran itu kedua-dua mereka dilihat berbual mesra serta menikmati pemandangan indah di sekitar tasik itu.

Lawatan itu juga membuka ruang kerjasama erat antara Malaysia dan Laos, khususnya dalam bidang wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI