fb fb fb fb fb

WADANI pemangkin utama perkasa wanita

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun

SEREMBAN, 29 Julai - Platform Wanita MADANI Inspirasi Negeri Sembilan (WADANI) mampu menjadi pemangkin utama dalam memperkasa wanita sebagai pemimpin, usahawan dan penggerak komuniti.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri komited memperkasakan wanita sebagai pemimpin komuniti dan pembuat keputusan melalui latihan serta pendedahan yang menyuburkan potensi kepimpinan mereka.

"Kerajaan negeri telah memberikan ruang kepada wanita di negeri ini untuk berada di kedudukan strategik, sama ada di peringkat kampung, pihak berkuasa tempatan, sektor awam sehinggalah kepada pentadbiran kerajaan negeri.

"Wanita perlu menjadi suara keprihatinan rakyat dalam isu pendidikan, kesihatan, perumahan dan alam sekitar kerana kepimpinan wanita membawa dimensi empati, ketelusan dan ketekunan dalam urus tadbir," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran WADANI di sini.

Tambah beliau WADANI bukan sekadar satu inisiatif, tetapi satu gerakan yang berpotensi besar untuk menjadikan wanita sebagai peneraju dalam aspek ekonomi, sosial dan kepimpinan masyarakat.

Selain itu, peranan wanita sebagai penggerak sosial dan aktivis masyarakat juga perlu diangkat menerusi latihan komunikasi, empati dan pengetahuan undang-undang agar mereka lebih bersedia menyantuni masyarakat serta mempertahankan hak-hak asasi termasuk perlindungan terhadap kanak-kanak dan wanita.

MASNIZA AWANG KECHIK