fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri hingga 9 malam ini

Orang ramai dinasihat tangguh aktiviti luar / Foto MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 9 November - MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri yang dijangka berterusan sehingga 9.00 malam ini.

Antara kawasan terlibat ialah Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu (Besut), Pahang (Bentong, Temerloh dan Bera), Selangor (Hulu Selangor), serta Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin).

Amaran turut melibatkan beberapa kawasan di Johor (Kota Tinggi), Sarawak (Sri Aman, Sarikei – Julau dan Meradong, Kapit – Song dan Kapit, Bintulu – Tatau dan Sebauh, Miri – Telang Usan, serta Limbang), Sabah (Pedalaman – Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort; Pantai Barat – Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Amaran ini dikeluarkan selepas terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam, yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Orang ramai dinasihat berhati-hati, menangguhkan aktiviti luar, dan memantau kemas kini terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.

FAUZIAH ABD RAHMAN