fb fb fb fb fb

Wacana kempimpinan, pendekatan pentadbiran telus dalam TLDM

Program Wacana Kepimpinan Bersama Orang Kenamaan anjuran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

KUALA LUMPUR, 2 Julai- Program Wacana Kepimpinan Bersama Orang Kenamaan anjuran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) buka pendekatan baharu dalam kepimpinan agensi itu.

TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan, program itu menghimpunkan 80 pegawai kanan TLDM; dengan menekankan keperluan “Visiblity, Advocacy and Perception Management” dalam usaha mengukuhkan kepercayaan orang ramai, menjelaskan misi TLDM dan mempamerkan profesionalisme dan dedikasi warga Navy People dengan kepimpinan beretika dan tadbir urus telus.

Pendekatan itu diyakini dapat menyokong pelaksanaan agenda Ekonomi Biru negara secara mampan dan strategik.

Majlis itu turut dihadiri Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain sebagai tetamu kehormat manakala Komander (Kehormat) Prof. Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim sebagai penceramah jemputan.

Komander (Kehormat) Prof. Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim turut berkongsi mengenai 'Ethical Leadership and Governance in the Royal Malaysian Navy: A Pillar of National Security'.

Ia menekankan kepentingan nilai-nilai teras TLDM iaitu kemuliaan, kesetiaan, keberanian dan kebanggaan sebagai asas pembentukan kepimpinan berintegriti dan berwibawa.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI