fb fb fb fb fb

VTL antara Malaysia dan Thailand diberi keutamaan jika keadaan lebih meyakinkan

 



GOMBAK, 30 Januari- Usaha pelaksanaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) di antara Malaysia dan Thailand akan terus diberi keutamaan oleh kedua-dua negara apabila keadaan lebih meyakinkan.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali optimis inisiatif pembukaan semula sempadan negara itu mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara sekaligus menjamin aliran perdagangan di rantau ini.

Justeru, Malaysia dan Thailand akan memperhalusi inisiatif itu namun tertakluk kepada panduan yang ditentukan Kementerian Kesihatan kedua-dua negara.

"Namun pelaksanaan VTL ini bersifat mutual, kedua-dua pihak perlu bersedia dan ini tertakluk kepada nasihat kesihatan dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan negara-negara berkenaan".

"Sebagai contoh, apabila kita melaksanakan VTL udara dan darat dengan Singapura berjalan dengan lancar namun apabila timbul Omicron kedua-dua negara merasakan ada keperluan untuk menanguhkannya, perkara ini telah pun dibincang dan dirunding berdasarkan situasi semasa dan dibuka semula khususnya VTL udara," kata Azmin.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Sumbangan Prihatin Tahun Baru Cina 2022 Parlimen Gombak.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan kerajaan mengambil keputusan untuk menangguhkan VTL dengan negara berisiko tinggi penularan Omicron.

Media Baharu