JOHOR BAHRU, 30 Januari- Polis Johor mengenalpasti 45 lokasi kerap berlaku kemalangan di negeri berkenaan.
Pemantauan menyeluruh akan dilaksanakan di kesemua kawasan tersebut menerusi OP Selamat 17 yang dijalankan sempena Tahun Baharu Cina hingga 6 Februari depan.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkatatindakan itu bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan bagi mengelak risiko kemalangan.
Katanya, fokus operasi tertumpu kepada usaha membanteras jenayah pecah rumah.
"PDRM bersama dengan PERKESO, LLM dan semua jabatan dalam negeri Johor ini kita bersatu-padu untuk memastikan bahawa perjalanan operasi Tahun Baharu Cina ini tiada apa-apa masalah yang berlaku, Insyallah kita pastikan rumah selamat, perjalanan kita pun selamat bukan perjalanan balik ke rumah tapi perjalanan ke tempat asal pun selamat," kata beliau selepas merasmikan Op Selamat 17 di Johor Bahru.
Seramai 25 pegawai dan 215 anggota polis ditugaskan dalam operasi tersebut.