fb fb fb fb fb

KKMM bakal memperluaskan kerjasama, mendalami permasalahan penggiat seni

MASJID TANAH, 30 Januari - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan memperluaskan kerjasama dengan pengiat seni kreatif di negara ini dalam usaha memahami segala permasalahan yang dialami mereka.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata pengiat seni boleh tampil sendiri untuk meluah segala permasalahan yang mereka hadapi.

"Industri ini dinamik, masalah itu ada berbagai-bagai. Saya cuba memperbanyakkan hubungan dengan pemain industri untuk memahami mereka. Mereka juga boleh tampil kehadapan untuk berjumpa dan saya harap semua pihak boleh memainkan peranan bersama," katanya kepada media selepas Program Sembang Santai #KeluargaMalaysia bersama 30 usahawan tempatan di sini.

Dalam pada itu, sumbangan industri kreatif menerusi gelombang pendigitalan kepada pertumbuhan negara masih rendah apabila hanya menyumbang sebanyak 6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ia disebabkan tanggapan golongan peniaga dan usahawan kecil bahawa digitalisasi hanya untuk industri berskala besar.

"Oleh itu, kementerian kini sedang giat melaksanakan pelbagai kempen pendigitalan di semua peringkat perniagaan kecil dan mega," tambahnya.

 

Media Baharu