fb fb fb fb fb

Video tular: Polis tahan lelaki tular memandu secara bahaya

(Suspek memandu secara berbahaya dengan kesalahan memotong barisan (potong Q) dan garisan berkembar/PDRM)

IPOH, 5 Mei -Seorang lelaki ditahan setelah disyaki memandu secara melulu hingga boleh membahayakan pengguna lain sehingga tular menerusi rakaman sebuah video dalam satu kejadian di Jalan Beruas-Parit-Ipoh semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid dalam satu kenyataan menjelaskan, lelaki berumur 23 tahun yang memandu Proton Saga FLX berwarna coklat itu ditahan di sebuah rumah di Pusing, Batu Gajah selepas polis berjaya mengesannya pada hari yang sama.

(Tular di media sosial sebuah kenderaan memandu secara melulu dan berbahaya dipercayai berlaku di KM 17 Jalan Beruas, Parit-Ipoh/Ihsan orang ramai)

“Lelaki itu mengaku memandu kenderaan tersebut kira-kira 3.40 petang sebelum tular di media sosial menerusi sebuah video.

“Kenderaan tersebut dirampas dan lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.

Video berdurasi kira-kira seminit itu antara lain menunjukkan suspek memotong barisan dan garisan berkembar di kawasan Pekan Parit hingga boleh membahayakan keselamatan diri sendiri dan pengguna lain.

Media Baharu