KUALA LUMPUR, 10 Mei - Malaysia dan Indonesia terus memperkukuh kerjasama dalam bidang undang-undang.
Ia menerusi pertemuan rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Hukum Indonesia, Supratman Andi Agtas di Jakarta.
Pertemuan dua hala itu merupakan sebahagian lawatan kerja Datuk Seri Azalina ke negara anggota ASEAN, sempena dengan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.
Kedua-dua pihak membincangkan usaha menjadikan ASEAN sebagai hab penyelesaian pertikaian yang diyakini.
Selain memperkukuh aspek timbang tara, pengantaraan komersial, dan undang-undang antirasuah.
Datuk Seri Azalina turut menjemput Supratman menghadiri Forum Undang-Undang ASEAN 2025 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur Ogos depan.
Malaysia komited membina ekosistem undang-undang masa hadapan yang mesra perniagaan, adil dan mampan demi manfaat bersama negara serantau.