fb fb fb fb fb

Video tular kemalangan treler, SUV rakaman lama - Polis

 (Tangkap layar FB Perak Press)

IPOH, 12 Disember- Video kemalangan yang tular menerusi Facebook membabitkan sebuah treler dan sebuah kereta di Kilometer 69 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli adalah rakaman lama.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood dalam kenyataan memaklumkan, kemalangan yang tular itu berlaku pada 29 Oktober lalu, pukul 11.00 pagi.

Beliau mengesahkan pemandu treler, 47, telah ditahan pada hari kejadian ketika melalui sekatan jalan raya di Batu Melintang, Jeli, Kelantan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik untuk siasatan lanjut.

"Kemalangan berpunca daripada muatan siling putih yang dibawa treler berkenaan terjatuh ketika melalui selekoh, lalu menimpa sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

"Tiga buah kenderaan turut terlibat," katanya.

Zulkifli berkata, pemandu SUV tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala isterinya parah dan dirujuk ke Hospital Tanah Merah, sementara mangsa lain hanya cedera ringan.

"Polis telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya," katanya.

(Tangkap layar FB Perak Press)

Media Baharu