fb fb fb fb fb

Vantage labur RM13.32 bilion, Cyberjaya pilihan pelaburan pusat data

(Fahmi (tengah) bergambar bersama Mohd Hafiz (tiga dari kanan) dan Proctor (kiri) selepas MoU antara Cyberview dan Vantage Data Centers di Cyberjaya/BERNAMA)

CYBERJAYA, 16 Mei- Vantage Data Centers memperuntukkan pelaburan tambahan sebanyak RM13.32 bilion bagi tempoh 10 tahun akan datang dalam kemudahan penyediaan pusat data berskala besar di Cyberjaya.

Ia melibatkan kampus pusat data keduanya, sekali gus mengukuhkan kedudukan bandar itu sebagai sebagai lokasi pilihan pelabur pusat data di Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Cyberjaya sebagai pilihan utama pelaburan pusat data negara, industri teknologi Malaysia bersedia untuk masa depan cerah.


(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)

"Pelabur asing tetap memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang mereka gemari, kerana kita sedar, pusat pemprosesan data, ataupun data centers adalah pelaburan jangka masa panjang.

"Ini membuktikan beberapa ikhtiar, dasar keputusan kerajaan adalah tepat dan ia akan menjadi signal pertumbuhan ekonomi negara kita akan dapat dipacu dengan lebih positif", katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara Cyberview bersama Vantage dan Leave A Nest Malaysia di Cyberjaya.

Tambah beliau, memandangkan permintaan untuk ketersambungan dan perkhidmatan digital terus meningkat, pusat data akan memainkan peranan yang semakin kritikal dalam memperkasakan ekonomi digital negara.

Media Baharu