fb fb fb fb fb

Vaksin Spikevax diberi kelulusan bersyarat untuk individu 12 tahun dan ke atas

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Kerajaan bersetuju memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin Spikevax, keluaran Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol kepada golongan berusia 12 tahun dan ke atas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-375.

"Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut terus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk tersebut kekal positif," katanya menerusi kenyataan.

(Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan)

Jelas beliau, sebelum ini vaksin tersebut diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas.

Katanya, kementerian sentiasa komited untuk mempertingkat akses rakyat kepada ubat-ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia.

Ia dinilai sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

Media Baharu