fb fb fb fb fb

NHMS MCH kembali dilaksana - KKM

PETALING JAYA, 4 Ogos- Selepas tujuh tahun, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi:Kesihatan Ibu dan Anak (NHMS MCH) kembali dilaksana.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, tinjauan tersebut dilakukan selama tiga bulan bermula 9 Ogos sehingga 31 Oktober.

Kira-kira 14,000 isi rumah di seluruh negara dipilih secara rawak dalam NHMS kali ini.

32,000 responden akan ditemu ramah oleh 70 pasukan pengumpul data Institut Kesihatan Umum.

Antara topik utama ialah penjagaan kesihatan wanita berusia 15-49 tahun, ibu dan anak terakhir berusia dua tahun serta kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

"NHMS MCH diharap dapat memberi maklumat serta trend terkini untuk bantu KKM memperkukuhkan lagi perkhidmatan khusus untuk wanita, ibu dan anak-anak. Ini adalah satu perkara yang baik," kata Dr. Noor Azmi kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Kesihatan Ibu dan Anak, di sini.


(Timbalan Menteri Kesihatan, 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali)

Jelasnya, hasil tinjauan dapat membekalkan data menyeluruh bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) menilai program kesihatan sedia ada untuk ditambah baik.

Media Baharu