fb fb fb fb fb

Peniaga dinasihat jangan guna alasan inflasi untuk naikkan harga barang - Annuar

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Para peniaga dinasihat agar tidak menggunakan situasi inflasi sebagai alasan untuk menaikkan harga barang.

Jelas Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa meskipun paras inflasi negara berada pada tahap 3.4% namun, masih terdapat barangan yang mencatatkan peningkatan harga melebihi paras siling.

Tambah Annuar, usaha menangani sebarang kenaikan harga barangan akan terus dipergiat bagi memastikan golongan berpendapatan rendah khususnya tidak terbeban.

"Kita tidak boleh menafikan bahawasanya kenaikan harga barangan tertentu terutamanya dari segi perkhidmatan dan makanan akan menjejaskan golongan yang berpendapatan rendah. Meskipun angka mutlak inflasi yang dicatat Jabatan Statistik menunjukan harga inflasi rendah tetapi kita berpendirian untuk memastikan barangan utama tidak terus dinaikkan apatah lagi dinaikkan sewenang-wenangnya.

Kita menyeru kepada peniaga suapaya tidak mengambil kesempatan dengan alasan inflasi untuk menaikkan harga," kata Annuar dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-8 Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Parlimen.


(Foto Fail)

Sementara itu, Annuar mengulas lanjut berhubung video tular minyak masak paket yang terapung dilaut baru-baru ini.

Menurutnya, tiada sebarang bukti insiden minyak masak berhampiran Pulau Jawa itu dibawa dari Malaysia

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi , Tan Sri Annuar Musa berkata beliau telah meminta pihak yang menyiarkan video berkenaan tampil memberikan maklumat lanjut dan bukti sekiranya ia benar.

Beliau turut menegaskan agar pihak tertentu tidak membuat sebarang andaian sehingga mendapat berita yang sahih.

"Sehingga kini, kita cuba mendapat pengesahan pihak media yang buat laporan berkenaan. Namun, tidak ada satu pihak pun setakat ini yang tampil membuat pengesahan dan beri butiran lanjut tentang foto yang tular itu," tambahnya.

Media Baharu