fb fb fb fb fb

Mangsa pemerdagangan manusia, selamat dan diberikan perlindungan - KPWKM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Seramai 131 mangsa disyaki terlibat dengan kes pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan dan diberikan perlindungan sejak Januari hingga 30 Julai tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun berkata, kesemua mangsa diberikan Perintah Perlindungan Interim (IPO) dan 35 orang daripadanya turut mendapat Perintah Perlindungan (PO).

Hasil tinjauan mendapati kesemua mangsa dieksploitasi sebagai buruh dan terlibat dengan perhambaan seks serta penjualan kanak-kanak.

Kementerian itu katanya, turut menyediakan rumah-rumah perlindungan berserta keperluan asas dan pelbagai kemudahan lain untuk mangsa yang terlibat.

"Mereka diberikan wang saku, peluang untuk mendapatkan pekerjaan dan mereka juga diberikan latihan kemahiran tertentu seperti program TVET,kemahiran kraftangan, kemahiran komputer dan sebagainya.

Kita menjaga mereka dengan memberikan perlindungan yang terbaik," kata Rina dalam sidang media pada Majlis Sambutan Hari Anti Pemerdagangan Sedunia 2022 hari ini.


(Menteri KPWKM, Datuk Seri Rina Harun/Foto FB KDN)

Beliau turut menyeru agar masyarakat sedar dan mengambil serius aktiviti pemerdagangan manusia yang merupakan satu jenayah berat.

Media Baharu