JOHOR BAHRU, 2 Februari - Bagi mencapai pertumbuhan ekonomi negara, menerusi penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan inovasi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertindak radikal, untuk melahirkan graduan berorientasi masa hadapan, menerusi enVision MoonShot.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Profesor Dr Shamsul Sahibuddin berkata, inisiatif selaras azam Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), juga fokus, menggunakan penyelidikan khusus, bagi menyelesaikan masalah kompleks.
(Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Profesor Dr Shamsul Sahibuddin)
Antara fokus lain inisiatif, mencapai keunggulan global sebagai universiti penyelidikan terkemuka, serta memanfaatkan teknologi tinggi, menerusi jaringan berimpak.
Selain itu, UTM juga menyasar penubuhan enam Makmal Satelit Institusi atau Industri, dalam dan luar negara.
"Tahun ini hendak buka enam pejabat satelit di mana kebanyakannya di Indonesia, tetapi juga timur tengah pun kita ada, jadi sekarang macam di Iraq masih ada, dia ada banyak bentuk pengantarabangsaan, macam di Taiwan, Taipei, dia memberikan dana kewangan untuk melatih seorang pegawai di bawah UTM antarabangsa, itu pun ada, dia tak buka satelit pejabat tapi dia bayar dana untuk melatih pegawai," katanya
Empat bidang kebitaraan baharu telah dikenalpasti, bagi mempromosi UTM sebagai peneraju penyelesaian masalah kompleks sejagat.
Ia melibatkan Digitalisasi, Perumahan Mampu Milik, Sekuriti Makanan dan Teknologi Agrikultur, serta Sumber Semulajadi dan Teknologi Rohani.