fb fb fb fb fb

Pakej perpaduan jalur lebar tetap seiring konsep Malaysia Madani

PUTRAJAYA, 2 Februari - Selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan menurunkan kos sara hidup, saya ingin mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband) disasarkan bagi membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas dengan harga lebih rendah.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam kenyataannya hari ini, pakej ini menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had (unlimited data) dengan harga hanya RM69.00 sebulan dan akan mula ditawarkan pada bulan Mac 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.


(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)

Harga pakej yang ditawarkan 22% lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu sekitar RM89.00 bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak.

Pakej ini adalah dengan kerjasama daripada syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME
Berhad dan Astro.

"Inisiatif ini bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malahan merupakan indikator bahawa Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmatan mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat serta terus berusaha dalan memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh dengan harga yang lebih rendah seiring dengan konsep Malaysia MADANI," katanya


Media Baharu