fb fb fb fb fb

Kes kemalangan di tempat kerja, PERKESO terima 60,000 laporan setahun

PUTRAJAYA, 2 Februari - Kerajaan mensasarkan penurunan sebanyak 10 peratus kadar kemalangan industri dan kemalangan perjalanan menerusi Pelan Strategik dan Tranformasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 2021 hingga 2025.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud saban tahun, PERKESO menerima lebih kurang 60,000 laporan kes kemalangan yang meliputi kemalangan di tempat kerja, kemalangan dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat bekerja serta penyakit khidmat.


(Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud)

Jelasnya tahun lalu menerusi data interim PERKESO sebanyak 64,168 kes kemalangan telah dilaporkan dan daripada jumlah itu sebanyak 35,015 kes adalah kemalangan industri atau kemalangan di tempat kerja.

Manakala 29,153 kes adalah kemalangan perjalanan.

"Saya sendiri mahu NGO-NGO dan institusi ada peningkatan peruntukan yang telah dibuat geran itu daripada tahun lepas dan tahun ini dan saya mintak kepada semua PERKESO NGO dan institusi akan dapat menurunkan kadar kemalangan industri dan juga yang banyak ini perjalanan yang banyak ulang alik dari tempat kerja..kadarnya perlu di turunkan ini sekali gus akan dapat mengurangkan kemalangan maut yang semakin meningkat," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Geran Bantuan Kewangan PERKESO kepada Institusi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Tahun 2023 di Putrajaya.

Jelasnya lagi bagi tahun ini sebanyak RM3.7 juta diperuntukkan PERKESO kepada 38 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Institusi berkaitan bagi perlaksanaan 600 program kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).

Tahun lalu sebanyak 536 program KKP berjaya dilaksanakan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.3 juta.

Media Baharu