fb fb fb fb fb

Jemaah Haji Malaysia dirawat di ICU Mekah akibat pneumonia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

PUTRAJAYA, 10 November -Seorang Jemaah Malaysia kini dirawat di unit rawatan rapi, di Mekah selepas disahkan menghidap pneumonia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan berkata, jemaah berkenaan, Hajjah Asmah Hj Mansor, 71 tahun, sedang menerima rawatan di Saudi German Hospital sejak 13 September lalu.

Beliau memaklumkan, Hajjah Asmah telah menyempurnakan ibadah hajinya sebelum dimasukkan ke hospital dan kini masih memerlukan bantuan pernafasan berterusan.

"Meskipun, pihak hospital telah memberi kebenaran untuk beliau dibawa pulang ke tanahair namun proses berkenaan perlu dirancang dengan teliti kerana melibatkan logistik perubatan yang rumit serta kos yang tinggi," katanya menerusi kenyataan itu.

Rakyat Malaysia juga diseru agar mendoakan kesembuhan Hajjah Asmah serta menegaskan Tabung Haji dan kerajaan Malaysia akan memastikan beliau mendapat rawatan terbaik sehingga pulih sepenuhnya.

TETITIA YUSOFF