fb fb fb fb fb

Pasukan Bola Tampar Malaysia sedia tamatkan kemarau 22 tahun

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Pasukan Bola Tampar Malaysia Lelaki dan Wanita berikrar sedia menamatkan kemarau pingat selama 22 tahun pada temasya Sukan SEA Kemboja pada Mei ini.

Ketua Jurulatih Bola Tampar Lelaki Kebangsaan Shamsaimon Moh Sharit menjelaskan, pihaknya telah membuat proses pemilihan pemain yang diadakan pada 14 Januari lalu.

20 pemain telah dipanggil menjalani latihan pusat bermula 1 Februari.

Sebagai persediaan awal ke Sukan Sea Kemboja 2023, 14 pemain akan menghadapi cabaran di terbuka Maldives hujung bulan ini, sebelum kembali ke tanah air bagi menyertai kejohanan empat penjuru pada 17 hingga 20 Mac ini di seksyen 4 Shah Alam, Selangor.

Sementara itu Ketua Jurulatih Bola Tampar Wanita Kebangsaan Franco Liu Foo Yeon berkata pihaknya akan menyertai sebanyak mungkin kejohanan di dalam dan luar negara bagi memantapkan pasukan.

Tegas beliau pendedahan itu penting kerana pasukannya terdiri daripada ramai pemain muda yang dipilih sebaik tamat Sukan Malaysia (SUKMA) tahun lalu.

"Macam pasukan lelaki tahun lepas ada beberapa liga perlawanan tetapi tiada untuk wanita, jadi kita akan buat satu perlawanan liga tempatan dan menjemput pemain luar untuk bermain sebelum Sukan SEA," katanya kepada RTM selepas Mesyuarat Pra Pemilihan Sukan SEA Kemboja di Wisma OCM di Ibu negara.

(Franco Liu Foo Yeon)

Media Baharu