fb fb fb fb fb

Utamakan kos sara hidup rakyat - PM

(Datuk Seri Anwar ditemui selepas Majlis Solat Hajat, Kenduri Kesyukuran dan
Doa Selamat di Masjid Ashabus Solihin)

KAJANG, 27 November- Amalkan penjimatan, elak guna peruntukan kerajaan bagi perbelanjaan tidak perlu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan menangani isu kos sara hidup rakyat perlu diutamakan dalam membelanjakan peruntukan kerajaan.

Beberapa langkah kadar segera akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022 esok, bagi menangani isu tersebut.

"Apa kereta yang ada itu saya ambil dan itu syaratnya tidak ada pembelian baharu daripada Pejabat Perdana Menteri. Mereka sebut seumpamanya karpet itu ada sikit pecah tu tidak mengapa kita baiki sikit, cukup jangan beli yang baharu. Ini sebagai mesej untuk semua pimpinan jabatan yang lain supaya ingat dalam keadaan sekarang kita patut mulakan budaya baharu," kata Anwar kepada media selepas Majlis Solat Hajat, Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Ashabus Solihin, di sini.

(
Datuk Seri Anwar pada Majlis Solat Hajat, Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid
Ashabus Solihin)


Media Baharu