fb fb fb fb fb

Cadangan Gubal Akta Perkhidmatan Awam,Alumni PTD serah surat terbuka kepada PM

PUTRAJAYA, 26 November-Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) mencadangkan agar kerajaan baharu yang diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggubal akta perkhidmatan awam.

Presidennya, Tan Sri Abdul Halim Ali berkata, langkah itu bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang profesional dengan persempadanan fungsi, bidang kuasa serta tanggungjawab yang jelas antara pihak pentadbiran dan perkhidmatan awam.

Jelas beliau lagi, penemuan-penemuan audit menunjukkan ketirisan yang berterusan dan kerugian besar yang ditanggung kerajaan adalah disebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi kewangan yang standard akibat gangguan tersebut..

Beliau berkata dalam hal ini, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan hendaklah dibenarkan untuk menguruskan fungsi dan tanggungjawab mereka sebagai pegawai pengawal mengikut peraturan dan prosedur serta tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Alumni PTD juga meminta kerajaan melaksanakan kajian semula institusi dan organisasi yang menyeluruh terhadap perkhidmatan awam memandangkan perubahan teknologi yang pesat, revolusi digital dan trend mega global.

(Tan Sri Abdul Halim berkata cadangan Gubal Akta Perkhidmatan Awam, Alumni PTD serah
surat terbuka kepada PM)

Media Baharu